Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Umai Empunok (Resepi Warisan Sarawak)

author name

Umai merupakan makanan tradisi orang Sarawak. Ianya mempunyai rasa masam yang lazat dimakan. Empunok pula membawa maksud udang kecil. Kali ini kami bawakan kepada anda resepi umai empunok.

Umai pada dasarnya merupakan gabungan makanan yang dihidangkan mentah. Kemasaman pada juadah itu akan memasakkan hidangan ini. Ianya boleh dihidangkan bersama udang ataupun ikan.

Resepi ini dikongsikan oleh Iqq Tiyani dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Umai Empunok

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Udang buang kulit
  • Bawang holland (mayang)
  • Cili merah (mayang)
  • Cili hijau (mayang)
  • Bawang merah (mayang)
  • Jus limau kasturi buang biji (6-7 biji)
  • Bawang merah x3**
  • Bawang putih x2**
  • Cili padi x2** (nak pedas tambah lebih)

Cara – cara memasak:

  1. Tumbuk bahan bertanda (**).
  2. Gaul semua sekali dengan udang yang dah dibuang kulit & dibersihkan.
  3. Perisakan dengan sedikit garam.
  4. Gaul rata.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *