Resepi Udang Masak Merah (Paling Lazat dan Mudah)

udang masak merah

Kepelbagaian masakan udang ada banyak jenis, salah satu antaranya ialah udang masak merah. Udang masak merah dikenal dengan udang masak sambal yang divariasikan dengan menggunakan sos tomato dan sos cili. Lauk ini paling digemari di Malaysia.

Udang masak merah selalu jadi rebutan masa kenduri, pada hari raya bahkan jadi pilihan lauk makan nasi di kedai-kedai makan. Terlebih lagi orang yang memang suka akan seafood yang satu ini. Udang masak merah sedap dimakan dengan nasi lemak dan nasi putih.

Kali ini kami berkongsikan resepi udang masak merah daripada ‎Nooraini Ramly‎ di laman Facebook. Anda yang tengah memikirkan idea untuk lauk tengah hari boleh cubakan resepi ini. Gerenti menjadi apabila anda mengikuti langkah-langkah yang kami tuliskan. Selamat mencuba.

Resepi Udang Masak Merah

udang masak merah
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Udang basah,
  • Bawang merah 2 ulas*,
  • Bawang putih 2 ulas*,
  • Halis sedikit (1 hiris)*,
  • Kunyit hidup sedikit (1 hiris)*,
  • Cili boh @ cili kering,
  • Sos tiram 1 sudu,
  • Sos tomato 1 sudu,
  • Sos cili 1 sudu.

Cara-cara :

  1. Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
  2. Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
  4. Jika bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
  5. Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
  6. Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
  7. Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
  8. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
  9. Seterusnya masukkan udang.
  10. Jika udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi udang masak merah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Give a Comment