Resepi Udang Masam Manis (Ringkas Menarik)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang biasanya menggunakan ayam atau ikan sebagai bahan utamanya. Namun seperti namanya resepi masam manis kali ini menggunakan udang sebagai bahan utamanya. Masak masam manis ialah sejenis masakan yang menggunakan pelbagai jenis sos dan bagi sesetengah resepi ia menggunakan buah seperti nenas bagi menaikkan rasa masam manis.

Perkongsian kali ini akan menggunakan udang sebagai bahan utamanya, dan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Udang Masam Manis 

Bahan-bahan

  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 tin kecil nenas dalam tin (pilihan)
  • 2 camca besar sos cili thai
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar sos plum
  • Garam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan

Kaedah 

  • Udang dibersihkan, tak perlu dibuang kulitnya. Gaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam. Kemudian goreng hingga udang berubah warna, angkat dan toskan.
  • Sementara itu, cili merah dan hijau, dibelah 2, buang biji dan hiris kasar setiap belahan. Nenas ditoskan, kemudian potong kecil, asingkan airnya. Ketepikan.
  • Cedok keluar minyak dan tinggalkan 3 camca besar. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai dan sos plum, kacau rata. Masukkan air dari nenas dalam tin tadi. Kacau rata dan masak sekejap.
  • Tambah udang, bawang besar, nenas, cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dhidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Selain dari menggunakan udang harimau anda juga boleh menggunakan udang kelabu saiz besar kerana ia lebih murah. Resepi ini menggunakan pelbagai jenis sos, sebenarnya resepi asal hanya menggunakan sos cili dan sos tomato sahaja. Namun bagi menaikkan rasa dan aroma yang lebih sedap maka pelbagai jenis sos ditambah. Jadi terpulanglah pada citarasa anda,selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ayam Goreng Masam Manis

Resepi Kari Terung

Resepi Kerabu Udang Mangga

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Udang Bakar Cheese (Macam DiRestoran)

Next Article

Resepi Udang Goreng Cili Bertelur (Ala Gerai)