Resepi Udang Goreng Tepung Roti (Ala Cafe)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popular dihidangkan di restoran atau cafe yang menjualkan makanan barat. Udang goreng tepung roti diperbuat dari udang segar yang di kopek kulitnya kecuali bahagian ekornya. Selepas itu ianya diperap dengan beberapa serbuk perasa. Sebelum digoreng ianya akan disalut dengan telur dan serbuk roti.

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan pembuka selera keluarga anda atau sebagai snek menonton, berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Udang Goreng Tepung Roti (Ala Cafe)
Bahan-bahan

  • 15 ekor udang saiz besar
  • 1/4 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk lumat
  • Secubit garam
  • 1 putih telur, pukul sedikit
  • Serbuk roti secukupnya
  • Minyak secukupnya.
  • Sos kegemaran anda

Kaedah

  • Udang dikupas kulitnya, tinggalkan bahagian ekor, belah sedikit belakang udang dan buang uratnya, cuci bersih dan toskan.
  •  Lap udang tadi dengan kitchen paper towel, kemudian gaul bersama serbuk lada hitam dan bawang putih tumbuk dan perap 5 minit.
  • Ambil seekor udang tadi, celup dalam putih telur, kemudian golekkan dalam serbuk roti. 
  • Celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Letak dalam pinggan bersih. 
  • Buat kaedah sama untuk setiap ekor udang hingga habis.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng udang bersalut tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana. 
  • Angkat dan toskan.
  • Letak atas kitchen paper towel, biar minyak terserap. 
  • Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Serbuk roti yang digunakan dalam resepi ini dibeli dari kedai yang membekalkan bahan bakeri. Namun anda juga boleh membuat sendiri serbuk roti ands iaitu dengan membakar sehingga garing roti kemudian kisar sehingga ia halus atau ramas menggunakan tangan.

Apapun resepi ini amat sedap dan berbaloi untuk anda cuba, oleh itu selamat mencuba ya.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Sotong Goreng Tepung

Resepi Ayam Goreng Korea

Resepi Ayam Goreng KFC

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Pucuk Paku Tumis (Sama Udang )

Next Article

Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu (Ringkas Sedap)