udang goreng butter

Ni resepi udang goreng butter and cara2 nak buat sarang telur tu khas untuk tatapan Farah Poonz and kak Ismanora Nora Ibrahim
.
Cara buat sarang telur:
2/3 biji telur kuning sahaja
(Dipukul rata-nak letak garam sikit pon boleh)
1 sudu butter
1cawang minyak masak
.
Bila minyak nak ala2 panas masukkan butter dan terus pusingkan minyak tu dalam bentuk bulatan sehala dgn menggunakan senduk bentuk bulat.
.
Putarkan lelaju sikit tapi jangan sampai minyak melimpah ruah kene korang plak.. naya jek.
.
Dah putar laju-laju tu, masukkan kuning telur sedikit demi sedikit.. tarik tinggi bekas telur tu macam nak buat teh tarik. Tapi putar tu tetap putar tau. Nanti dia akan berbuih2, agak2 kuning keemasan telur tu, terus tapis dengan penapis kelapa ye.
.
Resepi udang butter
Udang 14-15ekor
Bawang putih 3 biji
Cili 4-5biji (utk anak sy ltk 3 biji jek)
Daun kari
1 sudu Butter
1/4 cwn Susu segar
Garam
.
Udang di garam kunyitkan dah goreng. Sekejap jek jgn lama-lama kalau tak liat. Lepas tu ketepikan.
Kuali yang lain, butter dipanaskan dan tumis bawang putih dan cili. Dah naik bau masukkan daun kari. Agak2 garing..masukkan susu segar dan sedikit garam.
Masukkan udang yang dah digoreng tadi gaul rata. Agak kering angkat.
Lps tu taburkan sarang telur tadi atas udang.
Sekian..
resepi ini telah diambil dari fb Rafidah Jamal‎ #mahn

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *