Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang biasa ditemui direstoran masakan barat. Udang goreng butter dibuat menggunakan udang segar, cili api, bawang putih dan daun kari. Ia dimasak menggunakan mentega dan susu. Sangat sedap ia sesuai dijadikan hidangan pembuka selera atau dijadikan menu sampingan waktu makan utama. 

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara-caranya.

Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
Bahan-bahan

  • 300 gram udang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3/4 sudu butter
  • 1 biji telur (dipukul)
  • Garam dan perasa jika perlu

Kaedah

  • Panaskan butter dalam kuali. 
  • Tumiskan bawang putih dan cili serta daun kari hingga naik bau
  • Masukkan udang daun gaul rata sehingga udang setengah masak.
  • Kemudian masukkan telur dan biarkan telur sedikit masak dan gaul rata.
  • Perasakan dan angkat. 
  • Siap.

Jika anda tidak suka pedas, cili padi boleh digantikan dengan lada sulah atau lada hitam. Terpulang pada selera anda, atau gunakan cili merah yang dihiris mengantikan cili api. Apapun resepi ini seharusnya dicuba dan jadikan ia hidangan keluarga anda. Selamat mencuba.

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Buttermilk Chicken

Resepi Ketam Butter Telur Asin

Resepi Udang Buttermilk

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *