Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tomyam Bersantan (Ala Restoran)

Tomyam merupakan sebuah menu masakan yang dibawa dari negara Thailand. Tomyam adalah sejenis masakan yang menggunakan teknik merebus. Ia mengandungi beberapa bahan yang mempunyai aroma yang kuat. Contohnya serai, daun limau purut, halia dan dalam beberapa resepi ia juga menggunakan lengkuas dan daun ketumbar.

Resepi yang akan dikongsikan hari ini, merupakan menu yang popular yang terdapat direstoran masakan Thai seperti Johnny. Tomyam ini menggunakan santan yang menambah rasa yang lebih sedap didalam tomyam ini.

Resepi ini dikongsikan oleh Shazlin Mazme dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Tomyam Bersantan

tomyam-bersantan
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam, udang (boleh masukkan daging atau seafood)
  • 1 sudu besar Thai Tom Yum Paste (jenama Pum)
  • 1 sudu besar Thai Chili Paste (jenama Mae Pranom)
  • 4 sudu besar santan (atau santan kotak)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos ikan/nampla
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai *dipotong serong
  • 5 biji cili padi *ketuk-ketuk
  • 6 helai daun limau purut *siat-siat urat daun
  • 2 biji limau nipis *perah airnya
  • Bunga kobis
  • Tomato
  • Cendawan enoki (boleh tukar dgn cendawan tiram atau butang)
  • Capsicum (boleh masukkan sayur lain seperti carrot dan jagung)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili padi
  • Masukkan tom yum paste dan chili paste
  • Masukkan ayam dan daun limau purut
  • Masukkan santan dan air
  • Masukkan air limau nipis, sos ikan dan gula (ikut citarasa masing – masing untuk imbangkan rasa masam, masin dan manis)
  • Masukkan sayur-sayuran
  • Masukkan udang (didih sebentar dan boleh diangkat)

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!