Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tepung Talam (Idea Minum Petang)

author name

📄

Hi semua! Hari ini kami akan bawakan kepada anda resepi tepung talam yang mudah untuk disediakan. Tepung talam merupakan kuih yang mempunyai dua lapisan.

Lapisan atasnya terdiri daripada santan yang memberikan rasa lemak dan masin. Manakala lapisan bawahnya pula merupakan gula melaka yang manis dan lazat. Gabungan kepada kedua – dua lapisan ini pasti membuatkan semua menggemarinya.

Resepi ini dikongsikan oleh Cahaya Mutiara Awang dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Tepung Talam

tepung-talam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Lapisan atas:

  • 3 cwn santan
  • 2 cwn tepung beras
  • Sedikit garam

Lapisan bawah:

  • ½ cwn gula merah
  • ½ cwn gula putih
  • 3 cwn air
  • 1½ cwn tepung gandum*
  • 1 sudu besar tepung ubi*
  • 1 sudu besar air kapur*

Cara – cara memasak:

Lapisan bawah:

  1. Campurkann gula merah, air dan gula putih.
  2. Kemudian, masak sebentar untuk larutkan gula dan tapis.
  3. Sejukkan.
  4. Satukan bahan bahan yg bertanda * dan tuang air gula tadi.
  5. Kacau sebati dan tapis.
  6. Tuangkan ke dalam acuan lompang yang telah dioles dengan minyak dan kukus selama 15 minit.
  7. Biarkan sejuk sedikit baru tuang lapisan atasnya.

Lapisan atas:

  1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
  2. Tapiskan.
  3. Tuangkan keatas lapisan bawah dan kukus selama 15 minit.

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *