Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram (Ala Chinese!)

Tauhu Kukus Sos Tiram amat popular dihidangkan bersama Nasi Ayam seperti di restoran terkenal, The Chicken Rice Shop. Rasanya amat lazat dan ianya juga sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur.

Tapi tahukah anda, anda juga boleh menyediakan tauhu kukus sos tiram versi anda sendiri yang mempunyai lebih banyak sayur dan pastinya, lebih sihat! Ianya juga lebih murah dan kebersihannya juga terjamin.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Zura Nafis di laman Facebook beliau. Jom kita lihat!

Resepi Tauhu Kukus Sos Tiram

tauhu-kukus
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tauhu lembut (kukus 5-10minit)
  • Udang kering (cincang halus)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Sayur yang anda suka (jangan letakkan bayam atau kangkong kerana tidak sesuai)
  • Perasa dan garam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Bawang merah dan bawang putih

Cara – cara memasak:

  • Tumis bawang dan udang kering bagi garing.
  • Masukkan sos tiram tumis sekejap bagi wangi.
  • Masukkan sayur dan lada putih.
  • Apabila sayur sudah lembut masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi.
  • Apabila sudah mendidih boleh la diperasakan.
  • Siap dan tuangkan atas tauhu yang dah dikukus tadi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!