Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Tart Telur Portugis (Macam Kat Kedai!)

author name

📄

Pastinya jika kita lihat sahaja tart telur portugis akan membuatkan kita kelaparan. Belum lagi kita merasainya, pastinya sedap dan memukau selera kita semua.

Kita akan kongsikan resepi tart telur portugis yang sangat menarik dengan anda pada perkongsian kali ini. Bolehlah anda sediakan sendiri tart telur ini di rumah dan makan puas-puas!

Resepi tart telur portugis ini telah pun dikongsikan oleh Amira Jamil di akaun Facebook miliknya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut!

Resepi Tart Telur Portugis

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Pastri:

  • 150 gram tepung gandum
  • 90ml susu segar
  • Secubit garam
  • 125 gram butter

Filling:

  • 250ml susu segar
  • 50ml whipped cream (dairy)
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 40 gram gula
  • Sedikit esen vanila

Cara penyediaannya:

Pastri:

  1. Potong butter nipis-nipis dan sejukkan dalam 15 minit.
  2. Satukan tepung gandum, susu dan garam ke dalam bekas & gaul sebati hingga jadi doh. Sejukkan dalam 15 minit.
  3. Uli doh yang disejukkan dan leperkan sehingga muat untuk balut butter. Balut butter & simpan dalam peti sejuk.
  4. Giling doh dan lipatkan kepada 4 bahagian seperti buku. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Ulang proses sebanyak 3 ke 4 kali.
  6. Giling doh pastri dan gulungkan lalu potong kepada 14 bahagian.
  7. Leperkan 1 per 1 doh yang dipotong dan masukkan dalam muffin tray.
  8. Tuang filling & bakar dalam suhu 170C selama 30 minit atau mengikut oven masing-masing.

Filling:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk & masak dengan api kecil hingga pekat.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *