tart-telur

Resepi Tart Telur Buncit (Sedap Sangat!)

Tart telur sering didapati di bakeri sekitar kita. Ianya amat lazat kerana rasanya yang manis berlemak. Akan tetapi, tart telur juga boleh disediakan sendiri tau!

Kali ini kami bawakan resepi tart telur yang lebih unik, iaitu tart telur buncit. Ianya unik kerana sekiranya yang biasa, tart telur lebih berbentuk leper, akan tetapi, tart telur buncit mempunyai filling yang lebih tinggi daripada crustnya.

Resepi ini dikongsikan oleh Fasihatul Hafizah dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Tart Telur Buncit

tart-telur
image via Facebook

Bahan – bahan:

Tart Crust

  • 1/2 cwn butter
  • 1/4 cwn gula aising
  • 2 cwn tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 2 sb tepung castard
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 sb emplex

Filling:

  • 2 biji telur + 1 telur kuning*
  • 5 sb cream cheese*
  • 1/4 cwn susu cair*
  • 1 cwn gula halus*
  • 1 sk esen vanilla*
  • Beberapa titis jus lemon*
  • 1 1/4 cwn susu segar
  • 2sb tepung castard
  • Sedikit garam

Cara – cara membuatnya:

Tart Crust:

  1. Pukul butter dan gula aising bagi sebati. (Adunan A)
  2. Campurkan tepung gandum, sedikit garam, tepung castard, tepung jagung, emplex dalam 1 bekas. (Bahan B)
  3. Masukkan campuran bahan – bahan B sedikit demi sedikit ke dlm adunan A dan gaul dengan tangan sampai jadi doh lembut.
  4. Terapkan doh dalam acuan tart dan cucuk dengan garfu.
  5. Panaskan oven & bakar pada suhu 160C selama 20 minit.

Filling

  1. Kisarkan bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan susu segar, tepung castard dan kacau menggunakan whisk.
  2. Masukkan sedikit garam, kacau lagi dan tapiskan ke dalam kuali non stick/ periuk biasa.
  3. Kacau adunan tadi di atas api yg perlahan sehingga adunan memekat.
  4. Apabila sudah suam, boleh pipekan dalam crust tadi.
  5. Kemudian bakar lagi pada suhu 160C (api atas bwh) selama 10-15 minit.

Resepi – resepi lain yang anda boleh dicuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Total
0
Shares
Previous Article
sup-ketam

Resepi Sup Ketam (Gerenti Memikat!)

Next Article
mee-sizzling

Resepi Mee Sizzling (Macam Kat Kedai!)