Resepi Talapia Masak Berlada (Sedap Mengancam)

talapia berlada

Menu hari ini ialah ikan talapia. Agak-agaknya apa menu ikan talapia yang sedap? Ada satu perkongsian resepi ikan talapia oleh Roses Eagle di laman Facebook yang menarik anda cubakan.

Resepi yang menarik ini ialah ikan talapia masak berlada. Dikatakan menarik kerana makanan resepi kampung ini amat merangsang selera.

Hidangan ini menggunakan ikan talapia yang digoreng garing terlebih dulu. Seterusnya sambal/lada yang enak digaulkan dengan ikan tersebut. Aroma ikan dan sambal yang wangi menusuk hidung amat membangkitkan selera. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Talapia Masak Berlada

talapia berlada
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan talapia,
  • 15 biji cili api,
  • 2 biji lada merah besar,
  • 2 biji bawang merah,
  • 2 ulas bawang putih.

Cara-cara :

  1. Mula-mula potong dan bersihkan ikan. Saiz potong ikut suka.
  2. Gaul ikan dengan garam dan kunyit.
  3. Goreng ikan. Letak asam keping supaya tidak melekat.
  4. Tumbuk cili dan bawang dengan sedikit garam. Nanti apabila dimasak tidak perlu bubuh garam.
  5. Sila bubuh belacan atau tidak bubuh, mengikut selera.
  6. Tumis bahan tadi ke dalam minyak bekas goreng ikan tadi.
  7. Biar sampai kering boleh masukkan sedikit gula, perasa dan asam keping.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi talapia masak berlada, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment