Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Talam Serimuka

Talam serimuka buat majlis khatam Quran pagi tadi?

Resepi TALAM SERIMUKA

Lapisan bawah;
500gram beras pulut(basuh & rendam 4jam)
200ml santan pekat(santan kotak M&S)
300ml air
2tsp garam
Cara²nya;
Toskan beras pulut,pastu masukkan dlm loyang 10″x10″ ratakan…
Satukan bhn lain & kacau supaya garam hancur…tuang atas beras pulut td…letakkan sehelai daun pandan agar wangi(carik²kan)
Kukus 25-30minit,setelah masak padat@tekan²kan beras pulut tadi.
*Sebelum tuang adunan atas ,amik sedikit adunan sapu atas beras pulut tadi agar lapisan bawah & atas melekat.

Lapisan atas;
100gram tepung kastard
30gram tepung gandum
200gram gula kastor
400ml santan pekat
400ml jus pandan
3 biji telur
1/2 tsp garam

Dlm bekas satukan tepung²,gula & garam.
Tuang sedikit² santan sambil kacau guna whish
diikuti jus pandan…gaul sebati.
Dlm bekas lain pecahkan telur & kocok²kan guna garfu…pastu masukkan dlm adunan tadi,gaul rata semua…pastu tapis.
Masak atas api hingga wap sambil kacau(xpekat sgt & xcair sgt)
Curahkan atas lapisan bawah…ratakan…kukus 30 minit…pastikan tutup kukus sentiasa lap agar air tidak menitis atas kue.
Tunggu hingga kue btul² sejuk baru potong untuk mendapatkan potongan yg cantik(guna pisau plastik)

Selamat mencuba?

kredit resepi kepada ‎Ina Zalina‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!