Resepi Tradisional, Moden & Terkini

10 Resepi Kuih Talam Yang Wajib Tahu Confirm Jadi

author name

📄

Kuih talam merupakan kuih tradisional melayu yang masih ada sehingga sekarang. Kuih yang dikukus ini memberikan tekstur yang lembut dan enak bila dimakan. Bermula dengan kuih talam pandan, kini pelbagai kuih talam yang ada kita boleh lihat sekarang. Inovasi Kuih talam ini seiring dengan citarasa pada masa kini. Walaupun dinamakan kuih talam, sebenarnya kita boleh lihat pelbagai bentuk yang ada mengikut sukatan cawan atau adunan yang diingini.

Kini anda boleh pilih kuih talam kesukaan anda, sebut sahaja pasti anda yang menjualnya. Kuih talam ini juga sesuai dijadikan sebagai makanan untuk majlis keraian mungkin kerana saiz yang mudah untuk dimakan. Jika anda teringin untuk membuat kuih talam, jom baca himpunan resepi kuih talam ini.

Resepi Talam Keladi

Resepi talam yang pertama ialah talam keladi. Jika anda penggemar keladi anda wajib ikut resepi talam keladi oleh Iedaa Jahaya, Bila dah masak semerbak harum bau keladi. Jom baca.

Bahan-bahan

  • Talam keladi. loyang 10inci
  • 2cwn tepung beras
  • 2sdb tepung ubi
  • 2cwn santan pekat
  • 2cwn santan cair
  • 1sdk garam

Bahan lapisan keladi (ungu)

  • 1cwn tepung gandum
  • 1bji telur
  • Esen vanilla
  • 1cwn gula castor.
  • Sedikit grm
  • 2sdb kordial keladi.
  • 1sdk pewarna ungu
  • 1cwn santan pekat
  • 11/2cwn santan cair

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kukusan.
  2. Sapu loyang dengan minyak lapik plastik kemas.
  3. Sebatikan bahan diatas.
  4. Tapis.
  5. Masak sekejap guna api sederhana sambil kacau.
  6. Bila adunan dah naik wap dan nmpk pekat masuk ubi potong tadi kacau, tutup api.
  7. Tuang masuk loyang.
  8. Kukus 25minit.
  9. Pastikan air kukusan tak menitis atas lapisan.

Lapisan keladi(ungu)

  1. Sebatikan semua bahan
  2. Kacau hingga tak berketul
  3. Tapis masuk periuk
  4. Masak sekejap.cguna api sederhana
  5. Kacau bila dah nampak pekat dan naik wap dan tutup api.
  6. Cakar dulu lapisan bawah tuang lapisan ungu.
  7. Kukus 25 minit.
  8. 5 minit terakhir buka tudung kukusan untuk keringkn permukaan atas talam.
  9. Siap dah sejuk baru potong.

Resepi Talam Pisang

Jarang kita dengar talam pisang kan? Kalau ada banyak pisang dekat rumah, kami cadangkan anda buat resepi talam pisang oleh Siti Hadirah ini. Rasa manis pisang bersatu dengan rasa lemak santan pasti membawa rasa yang cukup enak.

Bahan-bahan

Bahagian bawah

  • 1 cawan pisang dilenyek
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan (guna santan segar)
  • ¾ cawan gula
  • Pewarna kuning (optional)

Bahagian atas

  • ½ cawan tepung beras
  • 1½ cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Bahagian bawah

  1. Masukkan semua ke dalam blender kecuali pisang blend sehingga sebati.
  2. Tuang ke dalam bekas kemudian masukkan pisang kacau sebati.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu sikit minyak kukus lebih kurang 20-25 minit.
  4. Pastikan air kukusan mendidih dulu dan jangan lupa balut tudung pengukus dengan kain.

Bahagian atas

  1. Masukkan ke dalam blender juga blend sebati.
  2. Tuang ke dalam periuk kacau sekejap atas api guna api perlahan.
  3. Sebelum nak tuang ambik garfu garis sikit atas permukaan adunan pisang kemudian tuang adunan putih tadi.
  4. Kukus selama 20 minit..
  5. Kena tunggu sejuk baru boleh potong.

Resepi Talam Gula Merah

Jom cuba resepi talam gula merah, Kuih talam gula merah ini adalah salah satu kuih talam yang legend selepas kuih talam perisa baru yang ada sekarang. Sesuai dijadikan sebagai menu minum petang, Resepi ini dikongsikan oleh Yuzilaini Akmar.

Bahan-bahan

Bahagian bawah

  • 2 cawan air
  • 11/2 cawan gula merah
  • 11/2 cawan tpg gandum

Bahagian atas

  • 2 cawan santan
  • 1cawan air
  • 11/2 cawan tpg beras
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

Bahagian bawah

  1. Masak air bersama gula merah dan (daun pandan bagi wangi).
  2. Gula bagi hancur ya dan tapiskan bagi sejuk dulu.
  3. Masukkan tepung gandum dan air gula yang disejukkan tadi nak mudah blender bagi sebati .
  4. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit.
  5. Sebelum itu biarkan air mendidih dulu ya.

Bahagian atas

  1. Masukkan santan, air, tepung beras dan sedikit garam dan kacau sebati atas api yang perlahan ya.
  2. Dah nampak sebati tutup api, sebelum tuang lorekkkan dulu bahagian bawah dengan garfu supaya bahagian atas nanti melekat elok dgn bahagian bawah, dan kemudian terus tuang pada bahagian bawah tadi, saya kukus selama 20 minit untuk bahagian atas.
  3. Tudung kukusan saya balut dengan kain tak nak bagi air menitik atas permukaan.
  4. Dah masak bagi sejuk dulu baru boleh potong.

Resepi Talam Berlauk

Jika anda pernah dengaar kuih cara berlauk. pasti anda sukakan dengan resepi talam berlauk ini. Nak lagi sedap anda boleh taburkan seberapa banyak lauk yang anda inginkan, confirm puas hati. Resepi ini dikongsikan oleh Noorliyana Razi di Facebook.

Bahan-bahan

  • 3 cwn tepung gandum
  • 7 sudu makan tepung jagung
  • 1kotak kecil santan kara campur 6 cwn air
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya

Cara Penyediaan

  1. Panaskan tempat kukus, tuang dalam kukus,masak selama 30 minit.
  2. Selepas itu taburkan daging dengan bawang goreng,
  3. Renjisan sedikit bancuhan tadi, masak lagi 5 minit.dah masak atas tabur daun sup, daun bawang, bawang goreng ,lada merah dan curah sos.
  4. Untuk inti daging hancur tumis letak kari.

Resepi Talam Pandan (Versi Acuan)

Resepi talam pandan yang ini adalah mengikut sukatan acuan. Acuan begini mudah nak makan tak perlu potong. Mudah dan ringkas resepi dari Zura Zul ini,

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula
  • 8 – 10 helai daun pandan
  • 3 cawan air
  • 1 kotak kecil santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
  • Secubit garam

Lapisan atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 kotak kecik santan kara (brand lain pun boleh)
  • 3 cawan air
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

Lapisan bawah

  1. Blend daun pandan dgn air.. Tapiskan
  2. Tuang dalam tepung, santan & garam kacau rata semuanya tapis ke dalam bekas lain.
  3. Tuang sesudu besar atau lebih sedikit (sudu sukatan metrik) adunan pandan pada dalam acuan lompang saiz besar (acuan tu sapu sedikit minyak) dan kukus selama 10 minit.
  4. Api jangan terlalu besar sederhana cukup.

Lapisan atas

  1. Masukkan semua bahan kacau & tapis.
  2. Bila adunan lapisan bawah dah masak tuang 1 sudu besar atau lebih sedikit adunan ke dalam acuan tadi,
  3. Kukus selama 15 – 20 minit.
  4. Siap. Tunggu sejuk baru keluar kuih ni dari acuan.

Resepi Talam Ubi

Talam ubi ini menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama. Memang rasa sedap dan tidak terlalu manis. Bila dimakan anda akan dapat rasa serat ubi yang anda cukup enak. Jom baca resepi dari Ainafiqa Zamina ini.

Bahan-bahan

Lapisan Atas

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung ubi (saya tambah)
  • 4 cawan santan pekat
  • 1/2 sk garam

Lapisan Bawah

  • 4 cawan ubi (diparut, ditapis atau perah airnya dan sukat 4 cawan) air perahan tak boleh guna, pahit
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan santan
  • 2 sb tepung ubi (saya skip)

Cara Penyediaan

  1. Masak sebentar lapisan bawah dalam 5minit (boleh juga terus dikukus).
  2. Masukkan dalam loyang.
  3. Kukus dalam 15 minit dan masukkan pula lapisan atas dan kukus lagi hingga masak.
  4. Sapu minyak/butter pada loyang atau lapik plastik sebelum mengukus.

Resepi Talam Durian

Jika anda adalah penggemar durian, anda wajib cuba talam durian ini. Jarang sekali kita dengan talam durian kan? Resepi ini dikongsikan oleh Roshima Ibrahim Shima. Rasa durian yang tidak terlalu kuat ini memang cukup enak.

Bahan-bahan

Bahagian bawah

  • 4 cawan santan cair
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 6 ulas durian
  • Sedikit pewarna kuning

Bahagian atas

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • Sedikit garam
  • Loyang saiz 9 x 9

Cara Penyediaan

  1. Blend semua bahan yang bahgian bawah. Lapik plastik pada loyang. Tuang adunan bahagian bawah ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  2. Bila sudah masak, ambil garfu dan toreh kuih itu.
  3. Blend semua bahan bahagian atas hingga sebati. Tuang ke dalam loyang.
  4. Kukus hingga masak lebih kurang 1 jam / atau hingga masak.
  5. Bila sejuk baru boleh hiris dan boleh dihidangkan untuk makan.

Resepi Talam Keledek Oren

Keledek mempunyai dua jenis iaitu keledek oren dan putih. Keledek oren lebih manis berbanding putih. Disebabkan itu keledek oren banyak digunakan dalam pembuatan kuih. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Niessa Chang ini, talam keledek oren ini pasti membuatkan anda rasa jatuh hati. Rasa kemanisan keledek ini bersama santan yang berlemak cukup dirasakan sempurna.

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 200g keledek oren (potong dadu dan kukus hingga masak)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Sedikit garam

Lapisan atas

  • 2 cwn santan
  • 1 cwn air
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn gula
  • Sedikit garam
  • 4 titis pewarna oren

Cara Penyediaan

Lapisan bawah

  1. Kisar semua bahan kecuali keledek kemudian tapis dan masukkan keledek.
  2. Gaul sebati dan tuang ke dlm loyang.
  3. kukus selama 25 minit.

Lapisan atas

  1. Kisar sebati, tapis dan tuang atas lapisan bawah.
  2. Kukus selama 25 minit.

Resepi Talam Labu

Kalau anda ada labu di dapur, jom cuba resepi talam labu ini. Talam labu ini adalah salah satu kuih talam yang telah diolah mengikut citarasa sendiri, Rasa lemak labu bergabung dengan rasa lemak santan cukup dirasakan sesuai, Amat jarang kita lihat talam labu ini dijual kan. Jom cuba resepi ini dari Ainur Aziana ini.

Bahan-bahan

  • 1 cwn labu lecek
  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 3/4 cwn gula
  • Secubit garam
  • 4 cwn santan

Cara Penyediaan

  1. Semua tepung + gula + garam disatukan dlm bekas & masukkan santan. Kacau sampai sebati.
  2. Bahagikan kepada 2 adunan.
  3. 1 adunan masukkan labu lecek, kacau sebati.
  4. 1 adunan lagi ditambah lagi garam, agak ada rasa masin.
  5. Panaskan kukusan & panaskan loyang juga.
  6. Pastikan loyang dah panas, masukkan adunan putih kukus 20 minit.
  7. Selepas itu masukkan pula adunan labu, kukus lagi 30-40 minit. Siap!

Resepi Talam Suji

Kuih talam suji ini juga merupakan salah satu kuih lejen yang masih mempunyai peminatnya tersendiri. Kuih talam ini sedikit berbeza dengan kuih talam yang lain kerana talam suji ini menggunakan tepung suji sebagai bahan utama. Jika anda pertama kali mendengar kuih talam suji ini anda boleh ikuti resepi dari Nina Mahdar ini.

Bahan-bahan

Lapisan bawah

Bahan A

  • 200gm tepung suji @ semolina
  • 450gm air

Bahan B

  • 200gm gula castor
  • 2 biji telur
  • 200ml santan
  • 200ml air
  • pewarna kuning

Lapisan atas

Bahan A

  • 200gm gula merah
  • 50gm gula castor
  • 500ml air
  • 100gm tepung gandum
  • 70g Tepung beras
  • 2 biji telur
  • 250ml santan
  • 1 sk garam

Cara Penyediaan

Lapisan bawah

  1. Satukan air dan Tepung suji di dalam mangkuk atau periuk. Rendam selama lebih kurang 30 minit.
  2. Satukan kesemua bahan B. Kacau rata dan Tapis kedalam Bahan A tadi.
  3. Masak di atas api dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat di tepi periuk.
  4. Sediakan Loyang 10″ x 10″ yang telah di alas dengan plastik dan di sapu dengan sedikit minyak.
  5. Tuang adunan suji dan ratakan.
  6. Kukus selama lebihkurang 25 minit.

Lapisan atas

  1. Masak bahan A sehingga gula melaka larut sepenuhnya. Sejukkan.
  2. Satukan kesemua bahan B. kacau sehingga rata.
  3. Masukkan Bahan A ke dalam bahan B tadi dan tapis kedalam periuk.
  4. Masak seketika di atas dapur sehingga naik wap, jangan masak sehingga menjadi pekat.
  5. Tuang di atas adunan suji yang telah di kukus tadi,
  6. Kukus lagi selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. sejukkan sebelum di potong menggunakan pisau plastik.

Resepi Menarik Yang Lain

Jika anda penggemar kuih tradisional melayu anda wajib cuba resepi kuih talam ini. Pelbagai jenis kuih talam yang telah kami kongsikan. Terima kasih kerana sudi singgah di laman web kami. Teruskan membaca resepi lain ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *