Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Talam Keladi Kegemaran Ramai Rakyat Malaysia!

Selamat datang kepada semua pembaca. Pada perkongsian kali ini, kita akan berkongsi resepi talam keladi yang amat lazat dan menyelerakan. Talam keladi merupakan hidangan tradisional rakyat Malaysia yang mempunyai dua lapisan. Lapisan atas merupakan lapisan yang berasaskan ubi keladi, memberikan juga warna ungu. Lapisan bawah pula merupakan lapisan yang berasaskan tepung gandum.

Talam keladi ini amat sesuai untuk dibuat sebagai penutup selera selepas makan tengahari ataupun makan malam. Kombinasi rasa santan dan keladi ini pastinya membuatkan anda ingin tambah lagi. Cara pembuatannya juga ringkas dan boleh disediakan pada bila – bila masa. Juadah ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mariana Zainal di laman sosial miliknya dan telah mendapat banyak like! Tanpa membuang masa lagi, marilah kita bersama lihat dengan lebih lanjut cara-cara dan bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menyediakan resepi talam keladi yang sedap ini!

Resepi Talam Keladi

talam keladi
Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 230g tepung beras
  • 40g tepung ubi
  • 2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 900ml santan sederhana pekat
  • 300g ubi keladi (buang kulit,dadukan dan timbang. Basuh bersih dan kukus 10 minit)
  • 140g tepung gandum
  • 10g tepung jagung
  • 150g gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 600ml santan sederhana pekat
  • Sedikit pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam

Cara – cara memasak:

  1. Masakkan air kukusan sehingga air mendidih.
  2. Sapu minyak di dalam loyang dan lapik plastik.
  3. Satukan bahan A dalam periuk kacau sebati hingga tepung larut dlm santan.
  4. Masakkan atas api (menggunakan api sederhana perlahan) dan sentiasa kacau menggunakan whisk.
  5. Kacau sehingga naik wap dan apabila mula memekat, terus tutup api.
  6. Masukkan ubi keladi (bahan B) ke dalam adunan dan kacau sebati.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan kukus 30 minit.
  1. Buang sikit demi sedikit air yang bertakung atas permukaan bahagian bawah menggunakan sudu perlahan – lahan.
  2. Kemudian cakar – cakarkan sedikit permukaannya menggunakan garfu.
  3. Satukan semua bahan C dan tapiskan ke dalam periuk.
  4. Masak atas api sederhana perlahan sehingga naik wap dan sentiasa kacau.
    Nota: Bahagian ini cair dan agak naik wap sahaja, sentuh periuk dan apabila sudah rasa panas, tutupkan api.
  5. Tuang adunan atas bahagian bawah tadi.
  6. Kukus 30 minit
    Nota: Setiap 10minit, buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan tu.
  7. Apabila sudah cukup masa, buka tudung kukusan dan kukus lagi 5 minit tanpa tudung kukusan.
  8. Siap!
    Nota: Biarkan betul – betul sejuk baru potong guna pisau plastik.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!