Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ketam (Gerenti Memikat!)

author name

📄 ,

Sup ketam merupakan sebuah juadah yang selau menjadi pilihan terutama untuk menjamu orang yang sedang demam. Terutama bagi orang yang sedang demam denggi. Ini kerana ketam dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi dan dapat menaikkan platet darah pesakit demam denggi. 

Namun apa yang pasti sup ketam ini sangat mudah dimasak dan rasanya juga amat sedap. Terutama jika anda menggunakan ketam yang masih segar dan banyak isi. Mengikut petua orang tua, pilihlah ketam diwaktu mengambang kerana dipercayai isinya lebih banyak. Sama ada benar atau hanya sekadar mitos bolehlah anda mencubanya sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Mai Ridzuan di laman Facebook milik beliau.

Resepi Sup Ketam

sup-ketam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 5/3 ekor ketam-belah dua dan bersihkan
  • Air (sukatan mengikut Jumlah yang diinginkan)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam (secukup rasa)
  • Sedikit perasa maggi secukup rasa 
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji telur
  • 1 inch halia
  • Lobak merah
  • Ubi kentang
  • Daun bawang/sup/cili potong untuk menghidang

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kuning. 
  2. Kemudian masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
  3. Bila dah menggelegak, masukkan kentang/lobak merak masak hingga empuk.
  4. Masukkan ketam pula.
  5. Pelahankn api renih sup supaya isi ketam sebati dengan kuah.
  6. Tambahkan garam, serbuk lada hitam and perasa secukup rasa.
  7. Kemudian pecahkan telur dan kacau cepat-cepat .
  8. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan daun bawang/ daun sup/cili potong

Resepi – resepi lain yang boleh anda cuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *