Sup Cendawan Isi Ayam

RESEPI SUP CENDAWAN BERSAMA ISI AYAM…

BAHAN-BAHAN:

100gm cendawan kering | direndam air & dihiris
10gm isi ayam | dihiris
2 biji bawang merah | ditumbuk
3 biji bawang putih | ditumbuk
4 biji cili padi | dikisar
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan masak.

4. Masukkan cendawan. Pastikan cendawan diperah airnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau rata.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan bolehlah diangkat.

Ingin hilangkan kedut pakaian anda dengan mudah dan cepat?
Hanya guna —>> Iron Steamer Mudah Alih

Leave a Comment