Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Cendawan & Garlic Bread (Comfort Food!)

Sup cendawan bersama garlic bread atau dalam Bahasa Malaysia roti bawang putih, mudah didapati di cafe-cafe atau restoran yang menghidangkan makanan Barat. Malah ia juga mudah didapati di pasaraya dibawah kategori makanan dalam tin. Tapi tahukah anda kedua -dua sup cendawan dan garlic bread ini juga boleh dibuar sendiri?

Oleh itu resepi.my kali ini akan berkongsikan kepada anda cara mudah membuat sup cendawan dan garlic bread seperti yang anda dapati dikafe dan restoran. Bukan sahaja menggunakan bahan yang mudah, namun ia juga sangat sedap.

Resepi kali ini telah dikongsikan oleh Izrin Hariri dan ramai telah kongsikan resepi ini di Facebook. Mari kita lihat!

Resepi Sup Cendawan & Garlic Bread

sup-cendawan-dan-garlic-bread
image via Facebook

Bahan – bahan:

Sup Cendawan

  • 5 biji cendawan butang (fresh) saya potong kecil-kecil
  • Separuh bawang holland (dadu kecil), 
  • 2 ulas bawang putih (minced/potong halus), 
  • Butter 2 sudu (untuk menumis), 
  • Susu segar,
  • Tepung jagung (dibancuh air sejuk)
  • Garam dan daun parsley flakes (pilihan)

Croutons

  • Roti sekeping
  • Butter

Garlic Bread

  • Butter suhu bilik,
  • Parsley flakes
  • Minced garlic (bawang putih hancur)
  • Roti

Langkah – langkah:

Sup Cendawan

  1. Tumis bawang holland sehingga naik bau dengan butter.
  2. Masukkan cendawan dan tumis sehingga layu.
  3. Masukkan bawang putih dan tumis semua. 
  4. Tuang susu segar ke dalam pot dan kacau. (Sukatan susu adalah bergantung pada kuantiti yang anda inginkan)
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dalam sup dan tengok tekstur sup kalau cair, tambah lagi air bancuhan tepung jagung sampai likat.
  6. Perasa dengan garam. Tunggu sehingga sup mendidih untuk butter betul-betul bercampur dengan sup.

Croutons:

  1. Sapu butter atas lapisan roti. 
  2. Potong kecik-kecik
  3. Sapu lapisan tray dengan butter 
  4. Toast dalam oven (150 celcius – 15 min) atau sehingga warna keperangan.
  5. *croutons boleh juga dimakan sengan salad. Kalau nak letak seasoning sebelum toast pun boleh (garlic powder ke atau apa – apa)

Garlic Bread

  • Campur butter dengan bawang putih yang telah dihancur.
  • Sapu atas roti. 
  • Bakar dalam oven guna suhu di atas dan bawah

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!