Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sup Ayam Special ( Lain Macam Sedap)

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sup yang biasanya dihidang di waktu makan utama. Sup ayam special adalah sejenis masakan sup yang kita ketahui bahan-bahannya ialah bawang-bawang dan rempah, walaupun ada juga beberapa resepi sup tidak menggunakan rempah sup. Berbeza dengan resepi ini kerana ia menggunakan rempah beriyani yang biasanya digunakan dalam resepi nasi beriyani.

Oleh itu rasanya agak berbeza, dan anda haruslah mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Sup Ayam Special

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam (bahagian rusuk)
  • 1 batang daun parsli (dihiris)
  • 3 biji kentang (dikupas kulit dan dibelah lapan)
  • 1 batang daun saderi (dihiris)
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 500 ml air
  • 1 kiub pati ayam knor
  • 1 sudu kecil rempah beryani
  • 2 sudu kecil rempah sup
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 halia (sebesar ibu jari)

Kaedah 

  • Ayam dipotong kecil-kecil dan diketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan kisar. Masukkan rempah sup dan rempah beryani.
  • Kemudian masukkan ayam dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan air, garam serta gula, kentang dan kiub knor. Tutup periuk berkenaan dan biarkan mendidih seketika sehingga kentang empuk.
  • Akhir sekali masukkan daun parsli dan tutup api. Taburkan bawang goreng dan daun saderi ketika hendak dihidangkan.

Penggunaan daun parsli dan daun saderi memberi sedikit kelainan. Namun jika tiada juga tidak mengapa kerana rasanya masih sedap. Selain dari kentang anda juga menambah lobak merah dalam masakan ini atau pun cili api jika anda jika sesuatu yang lebih pedas. Oleh itu terpulang pada selera anda, namun sup yang mempunyai rasa pedas-pedas kerana penggunaan dua jenis rempah ini. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *