Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Stew Ayam (Dimakan bersama Frenchbread!)

Kali ini kami bawakan resepi istimewa iaitu resepi Stew Ayam! Hidangan stew ayam ini dimakan bersama frenchbread dan amat sesuai dihidangkan semasa makan malam.

Cara pembuatan stew ayam ini ringkas. Akan tetapi, hasilnya amat menarik. Macam makan di restoran tau!

Resepi ini dikongsikan oleh Sofhieeya Kaseem dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook milik beliau. Apa tunggu lagi, jom tengok!

Resepi Stew Ayam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 peha ayam
  • 1 biji bwg holland/bwg besar
  • 1 biji bwg bombay/ 5 biji bwg merah
  • 2 ulas bwg puteh
  • 1 inci halia
  • 1 biji carrot 
  • 3 biji kentang 
  • 4 shitake mushroom 
  • 2 batang leak ( daun bwg )
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 btg kecil kulit kayu manis
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit kicap
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • Frenchbread 

Cara penyediaannya:

  1. Bersihkan ayam. Perap dengan halia dan garam.
  2. Goreng sekejap dlm kuali dgn sedikit minyak. Setelah ayam separuh masak ketepikan.
  3. Tumis halia/semua bawang/rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  4. Setelah itu masukkan 3 sudu tepung gandum dan tumis sehingga tepung masak.
  5. Masukkan air, carrot, potato, kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap dan perasa dengan lada hitam. Biarkan mendidih.
  6. Kemudian masukkan ayam tadi dgn shitake mushroom. Gaul sebati dan biarkan mereneh dgn api kecil.
  7. Akhir sekali potong kasar daun bawang dan tabur ke dalam stew tadi.
  8. Semakin lama stew direneh semakin lembut ayam tersebut. Dan stew sebenarnya seperti sup cuma ianya lebih pekat. Makan bersama frenchbread.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!