Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spicy Chicken Wings (Pedas dan Menyelerakan!)

Kepada peminat makanan pedas dan chicken wing, resepi ini khas buat kalian semua! Pada kali ini kita bawakan kepada anda resepi spicy chicken wings yang pastinya dapat menaikkan selera.

Yang menariknya adalah, resepi ini sangatlah mudah untuk disediakan di rumah dan menggunakan sedikit sahaja bahan. Berbaloi jika kita masak di rumah, boleh makan pada bila-bila masa yang kita mahu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Makcik Ratu di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat reaksi positif dari warga netizen Facebook. Apa tunggu lagi? Mari kita cuba resepi ini!

Resepi Spicy Chicken Wings

Spicy-Chicken-Wings
image via Facebook

Bahan – bahannya:

  • 11 ketul ayam bahagian wing

Tumbuk halus:

  • 10 ulas garlic
  • 2 ruas jari halia

Sos:

  • 4 sdb sos cili
  • 4 sdb sos cili pedas Life/ extra hot
  • 4 sdb sos tiram
  • 4 sdb kicap manis
  • 1 sdb black pepper yg berbiji halus dlm botol
  • 2 sdb sweet paprika/serbuk cili
  • 4 sdb honey
  • 1 sdb serbuk secukup rasa Maggi

Cara – cara penyediaanya:

  1. Potong-potong ayam dan basuh kemudian toskan kering.
  2. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Api perlahan dan jaga api supaya ayam tidak hangit,
  4. Masukkan ayam yang diperap tadi, tutup kuali dengan tudung supaya ayam mudah masak.
  5. Ketika ini ayam akan mengeluarkan air,biarkan ianya mengering sendiri.
  6. Sekali sekala buka tudung dan kacau perlahan.
  7. Ayam sudah masak elok jika ianya menjadi sticky melekit.
  8. Boleh tutup api dan siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!