Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Spagetti Aglio Oglio Seafood (Mudah dan Melazatkan)

author name

Spaghetti Aglio Oglio Seafood selalunya hanya didapati di restoran kan? Namun tahukah anda, ianya boleh disediakan sendiri kerana ianya mudah?

Kali ini, kami bawakan resepi spaghetti aglio oglio seafood khas buat anda. Pasti rasanya sama seperti di kedai. Aglio oglio merupakan hidangan Itali yang asasnya merupakan minyak zaitun, bawang putih dan chili flakes sahaja.

Spaghetti Aglio Oglio ini dikongsikan oleh Maya Miera dan mendapat banyak shares di media sosial. Jom tengok!

Resepi Spagetti Aglio Oglio Seafood

Resepi-Spagetti-Aglio-Oglio-Seafood
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • Sebungkus spaghetti (direbus letak minyak dan garam)
  • Udang (goreng dan asingkan)
  • Sotong (goreng dan asingkan)
  • 4-5 ulas bawang putih (dihiris)
  • Brokoli (direbus sebentar)
  • Cendawan (dihiris)
  • Tomato ceri
  • Daun parsli
  • 2-3 potong cili kering (dipotong serong)
  • 1/2 cawan air rebusan spaghetti

Bahan B:

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu garam
  • 1-2 sudu besar chili flakes
  • 1 sudu lada hitam
  • oregano

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga garing.
  2. Masukkan cendawan dan kacau – kacaukan.
  3. Masukkan kesemua bahan – bahan kecuali spaghetti.
  4. Akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau sehingga sebati.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *