Resepi Spagetti Chilli Tuna (Sedap Mengasyikkan!)

Kalau Spagetti, mesti orang akan masak carbonara, bolognese atau aglio olio. Anda inginkan kelainan? Kali ini kami bawakan resepi spagetti cili tuna buat anda!

Resepi Spagetti ini amat lazat dan lain daripada yang lain tau! Ianya juga mudah untuk disediakan dan kena dengan tekak orang Malaysia. Cara pembuatan spagetti ini hanya memerlukan 4 langkah mudah sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nooraein Baharudin di Facebook beliau dan mendapat banyak shares! Pasti laku. Anda mahu cuba? Jom cuba!

Resepi Spagetti Chilli Tuna

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 peket spaghetti
  • 1 tin cendawan butang (hiris2)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (minced)
  • 2 tin tuna flakes/chunks in olive oil
  • 2 sb chili flakes
  • 1 sb italian herbs
  • 3 sb minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Rebus spaghetti sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang & bawang putih sampai naik bau.
  3. Kemudian, masukkan tuna dan gaul sebati, masukkan chili flakes, herbs, garam & air biarkan mereneh sekejap.
  4. Akhir sekali, masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. gaul sebati. Siap!

Resepi – resepi lain yang boleh dicuba:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Give a Comment