Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Sumbat Bercili Kelantan (Pedas Terangkat!)

author name

📄

Sotong Sumbat, juadah yang amat lazat. Rasanya pasti buat ramai yang terpikat. Dengan intinya yang padat, sekali makan pasti teringat – ingat.

Sotong Sumbat Bercili ini amat popular di Kelantan. Namun jangan gusar, dengan resepi yang kami sediakan, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan menghasilkan sotong sumbat yang amat sedap!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puteri Saadong dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom scroll!

Resepi Sotong Sumbat Bercili Kelantan

Sotong-Sumbat-Bercili-Kelantan
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan untuk sumbat:

  • Bawang merah *
  • Bawang putih *
  • Cili hijau *
  • Isi ayam/udang
  • 2 biji telur
  • Garam

Bahan untuk sos:

  • Bawang putih *
  • Cili hijau *
  • Sos ikan/kicap sotong
  • Garan
  • Gula melaka
  • Air limau nipis
  • Daun ketumbar

Langkah – langkah memasak:

Untuk sotong sumbat:

  1. Potong dadu bahan * dan tumiskan.
  2. Masukkan ayam/udang dan kacau sehingga masak.
  3. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur hancur.
  4. Sumbatkan bahan kedalam sotong dan bakar.
  5. Apabila sotong sudah hampir masak, hiriskan sotong.

Sos:

  1. Tumbukkan bahan bertanda * dan campurkan kesemua sos.
  2. Tuangkan keatas sotong.
  3. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *