Resepi Sotong Singgang (Katok Serai)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang popular dinegeri pantai timur. Masakan yang berasakan sup singgang menggunakan sotong sememangnya sinonim terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Masakan ini cukup mudah dan ringkas, secara asas ia menggunakan air , hirisan bawang dan cili untuk kepedasannya, manakala menggunakan asam keping untuk rasa masam-masamnya dan juga serai untuk aromanya.

Bagi anda yang tidak pernah apakata anda cuba sendiri masakan ini, berikut adalah yang diperlukan .

Resepi Sotong Singgang
Bahan-bahan

  • 250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)
  • 2 batang serai (diketuk/dititik)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4-5 hiris halia
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • 1 biji cili merah (kalau nak pedas)
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Kaedah 

  • Didihkan air secukupnya dalam periuk (cukup untuk kuah).
  • Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. 
  • Apabila kuah mendidih, masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Padamkan api.
  • Siap.

Masakan ini amat menarik dan sedap terutama apabila anda menggunakan sotong yang segar. Sebab itulah sotong dan makanan laut popular di Terengganu dan Kelantan kerana kedududukan mereka yang dekat dengan laut. Namun bagi anda yang ingin mencuba sendiri, makanan laut segar kini mudah didapati dipasaraya dan pasar tani. Oleh itu selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ikan Sardin Singgang

Resepi Ketam Rebus Ketuk Serai

Resepi Sotong Masak Lemak Serai

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *