Resepi Sotong Masak Lemak Serai (Sedap Mengancam)

Lauk spesial untuk makan malam keluarga. Siapa pernah makan sotong masak lemak serai? Memang sedap sangat-sangat. Sesiapa yang tidak pernah makan cuba lagi, kami akan kongsi resepi di bawah ini ya.

Sekilas nampak macam masak kari sebab menggunakan santan. Tapi, jika diperhatikan saksama, resepi sotong masak serai hanya menggunakan bawang merah, halia, bawang putih, dan serai. Dengan bahan yang sederhana ini dan serai yang banyak, terhasilkan sotong masak serai.

Rasa hidangan ini amat enak. Wangi serainya amat merangsang selera. Kuahnya enak dihirup sayang amat kalau dibuang. Penyajian hidangan ini biasanya untuk makan malam. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Mari cuba buat sotong masak serai. Para penggemar seafood patut cuba resepi ini. Resepi dikongsikan oleh Chinta Damia‎ di laman Facebook. Sila cubakan.

Resepi Sotong Masak Serai

sotong masak serai
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Sotong 5-7 ekor,
  • Santan,
  • Bawang merah* (4 biji),
  • Halia* (sebesar ibu jari),
  • Bawang putih* (1 ulas),
  • Serai (diketuk),
  • Bawang besar (dipotong wedges),
  • Gula,
  • Garam,
  • Ajinomoto,
  • Lada besar hijau,
  • [email protected] bahan bertanda*.

Cara-cara :

  1. Masukkan santan ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan santan mendidih.
  3. Setelah santan mendidih masukkan serai, sotong, bawang besar yang dipotong wedges, sedikit garam, gula dan ajinomoto untuk perasakan.
  4. Akhir sekali masukkan lada hijau untuk rasa pedas-pedas sedikit.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sotong masak serai, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Comment