Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah (Sekali Makan Nak Lagi!)

author name

Anda buntu nak masak apa kali ini? Sudah tiada idea? Tak mengapa, jangan risau! Apa kata anda masak sotong masak kicap berempah. Confirm yang tersayang makan bertambah – tambah.

Resepi ini amat lazat serta menggunakan bahan yang ringkas. Jadi, anda boleh sediakannya dalam masa yang singkat. Amat sesuai buat mereka yang sibuk tetapi pada masa yang sama mahu menyediakan hidangan yang terbaik buat ahli keluarga mereka.

Resepi ini dikongsikan oleh Salina Saad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Sotong Masak Kicap Berempah

sotong-masak-kicap-berempah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Bawamg putih (hiris)
  • Halia (hiris panjang)
  • Rempah kari (agak2 je)
  • Cili kisar (dikisar bersama bawang besar+bawang putih+belacan)

Nota: Satukan rempah kari dan cili kisar, buatkan seperti pes.

  • Bwg besar (hiris bulat)
  • Cili padi hijau/merah (belah dua)
  • Air asam jawa
  • Air sedikit (utk kuah)
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Gula
  • Garam (jika perlu)
  • Perasa
  • Sotong (dicuci dan dipotong)

Nota: Rendamkan sotong dengan air asam jawa dan garam sebentar.

Langkah – langkah memasak:

  1. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang putih dan halia yang dihiris sampai naik bau. Kemudian, masukkan pes rempah kari tadi.
  2. Tumiskan sehingga rempah garing dan pecah minyak.
  3. Apabila bahan rempah sudah garing, masukkan air asam jawa dan air sedikit.
  4. Kemudian, masukkan kesemua sos dan masukkan bersama gula dan perasa. Biarkan kuah mendidih.
  5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan sotong tadi dan balik – balikkan supaya sotong masak.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang hiris bulat dan cili padi. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *