Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sotong Masak Ala Thai @ Siam (Confirm Nak Lagi!)

Kali ini kami bawakan kepada anda, resepi sotong masak ala thai yang mudah, lazat serta menyelerakan. Resepi ini amat popular disekitar kita. Selalunya, ia dijual di restoran siam, dan dihidangkan pada makan malam.

Resepi sotong masak ala thai ini mempunyai cara pembuatan yang boleh diikuti kerana ianya mudah. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan sahaja.

Resepi ini dikongsikan oleh Liz OmMar dan mendapat banyak perkongsian di Facebook. Jom kita tengok!

Resepi Sotong Masak Ala Thai

sotong-ala-thai
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

Cara – cara memasak:

  1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
  3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!