Resepi Sotong Bakar Portugis (Confirm Bertambah!)

sotong-portugis

Hidangan Sotong Bakar Portugis ini mempunyai ramai peminat di sekitar kita. Mungkin para pembaca juga salah satu peminat hidangan ini. Kali ini, kami bawakan khas buat anda semua, resepi sotong bakar portugis yang amat lazat!

Resepi kali ini amat mudah dan lazat. Ianya pasti dapat menarik minat si pemakan. Jika anda hidangkan kepada yang tersayang, pasti mereka suka!

Resepi ini dikongsikan oleh Atie Jumaat dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Sotong Bakar Portugis

sotong-portugis
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sotong besar 5 ekor (potong 4)
  • Minyak bawang putih 4sb
  • Kacang Bendi (hiris)
  • Daun limau purut (hiris halus)
  • Gula perang 1sb
  • Garam

Bahan Kisar:

  • Lada merah 7 tangkai
  • Cili padi merah 6 tangkai
  • Bawang besar 2 biji
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 batang
  • Tomato 1 biji

(kisar halus semua)

Cara – cara penyediaan:

  1. Ketuk dan cincang kasar kasar 6 biji bawang putih.
  2. Kemudian, panaskan minyak sebanyak 4 sudu besar.
  3. Gorengkan bawang sehingga kekuningan.
  4. Angkat dan sejukkan bawang bersama minyak.
  5. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  7. Masukkan sotong dan gaul sebati.
  8. Masukkan sotong kedalam aluminium foil. Tutup dan bakar kedalam ketuhar selama 15 minit.
  9. Koyakkan aluminium foil dan masukkan kacang bendi. Masak sekejap sahaja.
  10. Apabila sudah masak, curahkan minyak bawang putih dan taburkan daun limau purut yang telah dihiris.
  11. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Give a Comment