sotong-bakar-berkuah

Resepi Sotong Bakar Berkuah (Sedap Tak Ingat!)

Hidangan sotong bakar selalunya kering dan dihidangkan bersama sos, tapi kali ini, kami bawaka khas buat anda resepi sotong bakar berkuah! Ianya lebih lazat, lebih berjus dan pasti digemari ramai.

Hidangan sotong bakar berkuah ini boleh disediakan kepada yang tersayang! Ianya boleh dihidangkan bersama nasi putih sahaja. Hidangan yang asas tetapi sudah cukup dan sedap!

Resepi ini dikongsikan oleh Anna El Zehra dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Sotong Bakar Berkuah

sotong-bakar-berkuah
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg sotong
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam dan ajinamoto

Kuah

  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili padi*
  • Kacang panjang
  • Lobak
  • 1 biji bawang holland hiris
  • Cili dihiris

Kisarkan bahan bertanda (*)

Cara – cara memasak:

Sotong bakar:

  1. Kelar sotong
  2. Masukkan kesemua bahan selain sotong kedalam bekas.
  3. Kacaukan.
  4. Masukkan sotong dan perap selama 1 – 2 jam.
  5. Bakar sotong.

Kuah

  1. Tumiskan bahan kisar tadi.
  2. Masukkan lobak.
  3. Masukkan bawang holland dan cili yang dihiris.
  4. Masukkan kacang panjang.
  5. Masukkan kuah perapan tadi, kalau warna kurang gelap, tambahkan kicap sedikit.
  6. Tutup api dan curahkan di atas sotong bakar tadi.
  7. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

Total
0
Shares
Previous Article
Resepi Air Katira

Resepi Air Katira (Confirm Menyegarkan!)

Next Article
ketupat-sotong

Resepi Ketupat Sotong (Sedap Menyelerakan!)