Resepi Soto Ayam (Lazat Menyelerakan)

soto ayam

Soto ayam dikenal di seluruh penjuru negeri sama ada di Malaysia atau negara jiran Indonesia dan Singapura.

Sebenarnya varian soto ada banyak. Berbagai-bagai jenis soto dijual dan dibuat mengikut selera masing-masing. Dan kali ini pula, kami akan berkongsikan resepi soto ayam yang telah dibuat oleh ‎Ellyin Tan dan dikongsikan di laman Facebook. Resepi ini tentunya telah disesuaikan dengan tekak melayu tanpa merubah rasa khas soto sebenar.

Kebiasaan soto ada yang dimakan dengan nasi putih, dipanggil nasi soto. Ada pula yang dimakan dengan lontong atau nasi impit. Kuah soto sepatutnya rasa masam kerana menggunakan sama ada cuka atau limau. Soto ayam dihidang dengan hirisan ayam kecil-kecil dan kuah sup kaldu ayam. Kemudian akhir sekali letak bergedil kentang masa nak hidangkan.

Jom masak soto ayam hari ini. Sekali-sekala manjakan selera dengan resepi yang berbeza. Soto ayam gerenti sedap. Sekali cuba mesti teringin lagi dan lagi.

Resepi Soto Ayam Lazat

soto ayam
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • ½ ekor ayam (rebus 1 ketul untuk bergedil),
  • ½ kilo tulang ayam (potong-potong dan rebus sekali),
  • *8 biji bawang merah,
  • *3 biji bawang putih,
  • *1 inci halia,
  • * ½ inci kunyit hidup,
  • *1 biji buah keras,
    (Bahan bertanda * dikisar halus),
  • 3 batang serai dititik,
  • 1 inci lengkuas diketuk,
  • 1 bunjut sup bunjut,
  • 2-3 helai daun bay (jika ada),
  • ½ cawan santan kotak,
  • 2 kiub ayam,
  • ½ paket rempah sup adabi,
  • ½ paket rempah kurma,
  • 2 sudu besar serbuk campuran (ketumbar, jintan).

Bahan Tumis :

  • 1 paket rempah tumis (kayu manis dan lain-lain),

Bahan Sampingan :

  • Daun sup, daun bawang, bawang goreng, kacang tanah, taugeh, limau, nasi impit, suhun goreng, mee atau bihun (kalau suka).

Cili Kicap :

  • 1 mangkuk kecil cili api,
  • 2 biji bawang putih,
  • ½ cawan kicap lemak manis (kisar semua),
  • Perahkan dengan sedikit limau kasturi.

Bergedil :

  • 1 kilo kentang (potong wedges, goreng, lenyek),
  • 1 mangkuk kecil bawang goreng,
  • 1 sudu besar serbuk lada putih,
  • 4-5 batang daun sup,
  • Isi ayam yang dicarik-carik,
  • Garam secukup rasa,
  • 2 sudu besar tepung bestari (jika suka),
    (Campurkan semua, bulat-bulatkan dan celup telur lalu digoreng).

Cara-Cara Masak Sup :

  1. Ayam dan tulang direbus dalam periuk bersama sup bunjut, serai, lengkuas dan daun bay.
  2. Dalam kuali lain, tumis rempah tumis dan bahan bertanda * yang telah dikisar.
  3. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan rempah sup, rempah kurma dan serbuk campuran. Tumis sebentar dan masukkan sedikit air.
  4. Bila sudah keluar sedikit minyak, tutup api dan masukkan ke dalam periuk rebusan ayam tadi. Saya tapis dulu rempah tadi supaya sup kurang minyak.
  5. Masak sampai mendidih, keluarkan ½ ekor ayam tadi. Tinggalkan tulang ayam sahaja. Masak sup kosong pun boleh.
  6. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  7. Ayam yang direbus tadi digoreng sekejap. Carik-carik isi ayam dan sebagian lagi untuk dicampurkan ke dalam adunan bergedil.
  8. Hidangkan bersama bahan sampingan dan perahkan limau.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi soto, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Give a Comment