Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Solok Lada Makan Bersama Nasi Kerabu Confirm Nak Lagi!

Solok lada merupakan sebuah hidangan sampingan yang sering dihidangkan bersama dengan nasi kerabu atau nasi kandar. Ianya menggunakan lada muda yang dibelah tengah dan diisi bersama isi ikan dan kelapa. Kombinasi rasanya juga amat menarik, dan apabila digabungkan bersama nasi kerabu dan hidangan sampingan yang lain, gerenti anda akan menyukainya.

Solok lada juga sebenarnya mudah untuk disediakan. Bahan yang digunakan mudah untuk didapati dan boleh didapati di pasaraya berdekatan anda sahaja. Oleh kerana langkah penyediaannya yang ringkas, resepi ini sesuai untuk disediakan oleh para amatur yang baru mencuba untuk memasak. Jangan lupa juga untuk menyediakan nasi kerabu serta ayam goreng berempah atau daging bakar ye!

Resepi ini dikongsikan oleh Rozmaliza Omar dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita belajar cara cara membuat solok lada ini!

Resepi Solok Lada

solok lada
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 6-7 ekor ikan selayang
  • 2 genggam kelapa muda parut
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 6-7 biji cili hijau muda

Cara – cara memasak:

  1. Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan
  2. Siang ikan, amik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam bahan² isi ikan. Masukkan garam dan gula. Gaul rata². Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
  4. Sumbat masuk bahan² solok kedalam cili. Biar padat² montel baru puas hati makan.
  5. Susun solok dalam periuk yang dasar nya dialas dgn kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat.
  6. Guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!