Resepi Smiley Cookies (Biskut Senyum Kegemaran Anak)

Smiley cookies antara cookies comel yang disukai ramai. Dikatakan biskut senyum kerana biskut ini dibuat macam emoji senyum. Biskut ini membawa aura positif konon kerana sesiapa yang ambil biskut senyum gerenti jadi bahagia.

Jom membaiki mood hari ini dengan cookies senyum. Cara-cara membuatnya amat mudah. Resepi senang ini dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di laman Facebook.

Kanak-kanak lagi suka biskut senyum. Dengan bentuk yang comel, cantik dan kemas, siapa yang tidak teringin makan bukan? Biskut diperbuat dengan adunan tepung kastard, tepung gandum, esen vanilla dan marjerin. Biskut sesuai dijadikan kudapan tetamu. Letak sekejap mesti langsung habis.

Resepi Biskut Senyum @ Smiley Cookies

biskut senyum
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 125 gram butter/marjerin,
  • ¼ (30 gram) gula aising diayak,
  • 1 1/3 cawan (170 gram) tepung gandum,
  • 2 sudu besar (20 gram) tepung kastad,
  • ½ sudu kecil esen vanilla,
  • Choc chips,
  • Coklat masakan.

Cara-cara :

  1. Ayak tepung gandum dan tepung kastad, ketepikan.
  2. Satukan butter dan gula aising, kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanila, sebatikan lagi.
  4. Masukkan tepung yang diayak dan uli hingga doh tidak lekat pada jari.
  5. Simpan sekejap dalam peti ais selama 15 minit.
  6. Canai dan terap guna acuan bulat bergerigi.
  7. Letak choc chip sebagai mata.
  8. Guna hujung sudu dan tekan bawah doh untuk buat bentuk mulut.
  9. Bakar pada suhu 180 selama 18-20 minit.
  10. Biarkan sejuk sebelum letak choc cair di tengah biskut dan letak biskut lain diatasnya.

‎ Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut senyum, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Leave a Comment