Siakap Goreng Pedas

RESEPI SIAKAP GORENG PEDAS

Hari ni dinner siakap plak. Umah ni manis2 punya sos tak jalan..so kita buat pedas siket. Sapa nk try bole try…

Bahan2:
1 ekor ikan siakap ( lumur garam n kunyit goreng )
1 biji bawang besar potong dadu
4 ulas bawang putih cincang
2 inci halia hiris halus
3 helai daun limau purut
3 batang serai hiris halus
2 sdb sos thai*
1 sdb oyster sauce*
1 sdb cili sos*
1 sdt fish sauce*
1 sdb kicap manis*
4 ulas cili padi potong kecil2
3 sdb cili kering kisar
1 sdt maggi secukup rasa larutkan dlm 100ml air panas
1 sdt tepung jagung larutkan dlm 2 sdb air
Sedikit garam

Cara :
1. Panaskan minyak masak secukupnya..tumis bawang besar, bawang putih, serai dan halia. Tumis smpi wangi.
2. Next masukkan daun limau purut dan cili padi. Tumis seketika dan masukkan cili kisar.
3. Bila cili da cantik pecah minyak..masukkan semua bahan bertanda * yg telah disatukan.
4. Next masukkan air stock ayam..dam letak garam. Rasa sos..sesuaikan ikut citarasa uolls.
5. Last pekatkan kuah dgn air tepung jagung.
Kalau nk letak tomato ke..capsicum ke..terpulang..boleh tambah yo.

MSK HOME BAKERY

kredit resepi ini kepada Roszana Ismail

Total
0
Shares
Previous Article

Biskut Kacang Florentine

Next Article

Puding Roti Coklat Lapis Oreo