RESEPI SHELL OUT BEST!!!!

Nak makan sepuasnya? Buat sendiri! Nahh resepi! Share cpt!

Bahan-bahan (Apa shj yg korang ada)

1kg lala
3 ekor ketam (potong 2)
10 ekor udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)
1kg siput sedut
1kg kerang
2ekor lobster (kalau ada)

Bahan-Bahan rempah Shell Out (klu kurang salah satu bahan pun tak pe)

Daun limau purut
10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
1 inci halia (kisar)
1sk udang kering (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1sb rempah kari
1/2 kiub pati ayam
1 batang daun kari
sedikit serbuk lada hitam
1sb sos tiram
1sk sos ikan
2sb mentega
2sb minyak masak
lemon (saya tak letak)
garam dan gula secukup rasa
daun kari

Cara-cara

Korang nak senang, korang blh siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Selepas tu saya panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali. Saya tumis bawang dan besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tu saya tutup api. Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. Lain2 tu saya goreng kunyit je. tapi suka hati korang la nak buat macam man. nak masak kicap boleh, nak rebus pun boleh, sbb yang dimasak tumis tadi dah sedap!

siap!


SHARE
Previous articleKuih Tako
Next articleKerepek Kentang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here