Serunding Daging


Resepi Serunding Daging
.
Lebihhan daging masih banyak? Atau rendang/kari raya hampir basi? Basuh la, buat serunding! Sedappp..
.
Bahan-Bahan:
1kg daging | direbus hingga empuk dan disiat (klu nk guna daging yg dh dimasak lain, kena basuh bersih2)
1 liter santan
20 biji cili kering | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
3 cm lengkuas | dikisar
2.5 cm halia | dikisar
5 batang serai | dikisar
100gm serbuk ketumbar
100gm serbuk jintan manis
Jus asam jawa secukupnya
50gm kerisik
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
.
Cara Membuat :
1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.
4. Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.
5. Angkat dan sedia dihidangkan
Like & Share
.
Kredit resepi ini tidak dapat dikesan . Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin untuk kredit nama anda . Terima kasih



Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of