Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Serunding Daging (Sekali Makan, Pasti Nak Lagi!)

Serunding Daging, makanan yang amat sinonim dengan masyarakat Melayu. Ianya amat lazat, boleh dimakan bersama nasi, roti terpulang kepada anda.

Serunding Daging juga amat sesuai untuk dibawa melancong bersama. Atau buat mereka yang berada di perantauan, hidangan serunding daginglah pengubat rindu terhadap tanah air. Ini kerana, serunding daging ini tahan lama, boleh dibawa kemana – mana.

Resepi ini dikongsikan oleh Norsham Norhissamshah dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.

Resepi Serunding Daging

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kilo daging (direbus dan dicarik halus)
  • 200 ml santan
  • gula melaka/gula pasir
  • Garam
  • 3 senduk nasi cili giling/cili boh/cili kisar
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan Kisar:

  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 40 g biji ketumbar (disangai)
  • 10 g jintan manis (disangai)
  • 4 batang serai
  • 1/2 kilo kerisik
  • 5 sb kicap

Cara penyediaannya:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga keluar bau.
  2. Masukkan cili giling/cili boh/cili kisar serta serbuk kunyit dan tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, daging dan bahan-bahan selebihnya. Kacau perlahan-lahan tanpa henti hingga kering dengan api perlahan.
  4. Hidangkan setelah masak.

P/s: Kalau tak nak goreng dengan minyak,masukkan semua bahan dalam kuali dan kacau hingga kering.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!