Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Serunding Ayam Versi Malas Malas Tapi Sedap

Serunding biasanya dibeli, atau jika dibuat sendiri ianya amat renyah dan memerlukan masa yang lama! Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi serunding ayam versi malas yang lebih mudah untuk disediakan, sesuai untuk mereka yang sibuk ataupun amatur. Serunding ayam ini tidak menggunakan bahan yang sukar untuk didapati, malahan anda boleh sahaja mendapatkan bahan – bahan itu di pasaraya atau peti ais anda!

Resepi ini hanya mengambil masa satu jam untuk disediakan! Ianya lebih cepat dibandingkan dengan resepi yang mengambil kurang lebih tiga jam untuk disediakan. Cara penyediaan serunding ayam ini juga ringkas dan mudah. Serunding ayam juga tahan lama, oleh itu, ianya amat sesuai untuk dibawa melancong ataupun diberikan kepada anak – anak di kolej. Makan serunding ayam bersama nasi panas juga amat melazatkan tau!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nurul Shafira dan mendapat banyak shares di media sosial. Jom tengok!

Resepi Serunding Ayam

serunding-ayam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • Isi ayam secukupnya (lerai halus)
  • 7 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • Lada kering dikisar ikut tahap kepedasan.*
  • 1 inci halia*
  • 2 sudu besar ketumbar (tumbuk halus)
  • 1 sudu besar jintan manis (tumbuk halus)
  • 8 batang serai
  • 1 sudu besar rempah masak (pilihan)
  • Santan (sebanyak RM4)
  • Nisan @ gula merah
  • Garam
  • Ajinomoto
    Kisarkan bahan bertanda (*)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar, ketumbar, jintan dan rempah masak.
  2. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata
  4. Masukkan air dan santan.
  5. Apabila hendak kering, masukkan perasa mengikut citarasa masing – masing.
  6. Pastikan anda sentiasa kacau serunding bagi mengelak ianya daripada berkerak di bawah.
  7. Anggaran dalam 1 jam setengah dimasak.
  8. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!