Resepi Tradisional, Moden & Terkini

SERIMUKA DURIAN MUSANG KING

author name

📄

SERIMUKA DURIAN MUSANG KING

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)

2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1 sudu kecil minyak
sedikit garam

Cara-Caranya
Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan isi durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1 s/k garam

Cara-Caranya
Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam…. Kisar agi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
.
.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
.
Resepi sedap di IG IbuResepi. Follow https://www.instagram.com/iburesepiku_
.
Kredit Resepi – Khairul Nizam‎
#iburesepi

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *