Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Seri Muka Durian (Kuih Tradisional)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang kerap dihidang sebagai hidangan menu petang atau pagi. Selain dari itu, ia juga selalu juga dihidang didalam majlis atau kenduri kendara. Kuih seri muka durian ini sebenarnya ialah satu ini asi daripada kuih serimuka yang biasanya menggunakan lapisan atas daripada kastad pandan. Namun perbezaan nya ialah serimuka pandan menggunakan daun pandan yang dikisar manakala serimuka durian ini menggunakan isi durian sebagai bahan utamanya.

Cara untuk membuat kedua ini juga sama dan tidak banyak perbezaan. Cuma sukatannya dan ada sedikit penambahan dalam bahan yang digunakan . Kali ini Madam akan kongsikan resepi dan bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

Resepi Seri Muka Durian (Kuih Tradisional)

Bahan-bahan

  • 3 cawan pulut (bersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 6 jam)
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu besar gula
  • 1sudu teh garam

Kaedah 

  • Gaul semua bahan dan kukuskan sehingga masak selama 25 minit.
  • Apabila telah masak, tekan agar ia padat.

Bahagian atas.

  • 1 cawan isi durian
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sudu teh  garam
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu perisa durian dan pewarna kuning.

Kaedah

  • Kisar semua bahan dan masak sehingga ia naik wap.
  • Tuanh diatas pulut tadi dan kukus lagi selama 20 minit hingga ia masak.
  • Tunggu sejuk sebelum dipotong.
  • Siap

Untuk mendapat potongan yang cantik anda disarankan membalut pisau dengan plastik dan lumurkan dengan sedikit minyak. Kuih ini sememangnya sedap, kerana kelembutan pulut yang digabungkan bersama isi durian amatlah mengasyikkan. Aroma durian sememangnya menjadikan ia sangat unik dan sedap.

Oleh itu jangan lupa mencuba resepi ini, terutama bagi anda yang ingin mencabar skil kemahiran memasak anda. Tetamu anda pasti suka akan rasanya, selamat mencuba!

Resepi – resepi yang menarik

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *