Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan (Semudah A,B,C)

author name

Semperit Dahlia, salah satu kuih raya yang wajib ada! Kalau dibeli sebelum raya, mungkin belum sempat raya dah habis dimakan. Ianya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang cair dimulut, membuatkan kita nak lagi dan lagi.

Semperit Dahlia juga boleh disediakan sendiri. Ianya tidak sukar dan semudah ABC sahaja! Jadi, anda nak cuba tak? Jomlah mencubanya!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Allayarhamah Kak Norly, disebarkan melalui Ashiqin Sadikun dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Semperit Dahlia Sukatan Cawan

semperit-dahlia
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 cawan buttercup
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 biji kuning telur size B
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara – cara memasak:

  1. Kacau semua bahan dengan senduk kayu saja. Terlebih kacau nanti semperit akan kembang ketika bakar. Jadi, kacau bagi sebati je.
  2. Pakailah acuan yang disukai.
  3. Bakar 180°c selama 15-20 minit atau sehingga masak.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *