Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Tumis Kerang (Khas Buat Amatur)

author name

📄

Sambal Tumis Kerang merupakan hidangan yang amat lazat dan popular di Malaysia. Walaubagaimanapun, cara pembuatannya boleh menjadi rumit dan sukar untuk disediakan. Ha, jangan risau! Kali ini kami bawakan buat anda semua, resepi sambal tumis kerang yang hanya menggunakan 4 langkah sahaja!

Resepi Sambal Tumis Kerang yang kami bawakan kali ini merupakan resepi asas yang boleh digunakan bagi mereka yang amatur dan ingin menghasilkan hidangan yang lazat. Pastinya, resepi ini merupakan pilihan yang tepat untuk disediakan.

Resepi ini dikongsikan oleh PutRa FairuZairiy FZ serta banyak likes dan komen positif telah didapati di Facebook! Jom kita tengok!

Resepi Sambal Tumis Kerang

sambal-tumis-kerang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 kg kerang (dicuci, direbus dan isinya dikopek)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 sdb cili boh/kering
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sdb gula merah/melaka
  • Minyak masak
  • Garam

Cara – cara memasak:

  1. Kisarkan bawang besar dan cili kering. (Boleh juga ditumbuk didalam lesung batu)
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili kering sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan kerang dan kacau rata.
  5. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *