Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Jowo Hitam Paling Best Sangat!

author name

📄

Jom cuba resepi sambal Jowo ini. Sambal Jawa, merupakan salah satu hidangan orang Jawa yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum mahupun agama. Selalunya, sambal jawa ini dihidangkan di dalam nasi ambeng. Ianya juga sering dihidangkan pada majlis perkahwinan dan majlis keraian yang lain. Sambal jawa juga merupakan hidangan yang lengkap dengan sayur, karbohidrat serta protein dan masih lagi mengekalkan rasa yang lazat.

Bahan – bahan yang terdapat di dalam sambal jawa termasuklah tempe, tauhu dan kentang menjadikan sambal jawa ini lebih mengenyangkan. Ianya juga sesuai untuk dinikmati oleh semua lapisan umur kerana rasanya tidak begitu pedas. Selain itu, sambal jawa juga mudah untuk disediakan. Ianya sesuai untuk disediakan oleh para amatur yang masih lagi baru dalam dunia masakan.

Resepi sambal jawa yang menarik ini telah dikongsikan oleh Anash Iffiq dan mendapat banyak shares serta likes di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Sambal Jowo

sambal jowo hitam
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Ditumbuk:

  • Bawang kecil
  • Bawang putih
  • Ikan bilis

Goreng:

  • Tempe
  • Tauhu
  • Kentang
  • Kacang panjang hiris
  • Cili Kisar
  • Lada besar dihiris
  • Suhun / Fucuk (Direndam)

Cara – cara memasak:

  • Tumis bahan yang ditumbuk, masukkan lada kisar.
  • Apabila sudah naik bau, tambahkan garam, gula dan kicap.
  • Masukkan bahan yang telah digoreng.
  • Tambahkan suhun dan fucuk yang telah direndam.
  • Kacau rata dan letakkan kacang dan lada.
  • Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *