Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sambal Goreng Kerang (Confirm Teringat!)

author name

📄

Kali ini kami bawakan kepada anda resepi sambal goreng kerang yang pedas dan amat lazat. Ianya sesuai dimakan pada waktu tengahari dan juga malam. Rasanya juga pasti digemari oleh keluarga anda.

Sambal goreng kerang ini amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya boleh didapati di dapur anda. Oleh itu, resepi sambal goreng kerang ini amat sesuai untuk disediakan!

Resepi ini dikongsikan oleh Resep Kita di media sosial dan mendapat banyak perkongsian dan komen positif.

Resepi Sambal Goreng Kerang

sambal-goreng-kerang
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Kerang
  • Daun Kunyit
  • Daun limau purut
  • Sedikit halia
  • Sedikit air
  • Serai*
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Sos cili*
  • Sos tiram*
  • 1 sdb kicap cair/pekat*
  • Cili padi 10 biji*
  • Garam + gula*

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan bahan bertanda (*) di dalam pengisar dan kisarkan sampai halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan halia bersama – sama dengan bahan yang dikisar tadi
  3. Kacau sehingga naik bau dan masukkan kerang.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  6. Biarkan sehingga kerang menganga.
  7. Matikan api dan hiaskan dengan daun sup.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *