Resepi Sambal Belacan (Versi Ringkas)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang menjadi hidangan sampingan yang sangat popular dikalangan orang Melayu. Sambal belacan merupakan sebuah sambal yang diperbuat dari cili api,cili merah, sedikit asam jawa, garam dan yang paling penting belacan. Belacan adalah sejenis ketulan yang diperbuat dari udang dan garam yang diperam menjadi satu pes dan dijadikan doh, dipotong-potong seperti blok dan dijual.

Untuk membuat sambal belacan dalam mana-mana resepi pun, belacan perlulah dibakar untuk menaikkan aromanya. Sambal belacan ini mempunyai beberapa versi, antaranya sambal belacan goreng, sambal belacan limau kasturi,sambal belacan bacang, sambal belacan mangga dan paling senang sambal belacan ringkas seperti yang Madam akan kongsikan. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ini.

Resepi Sambal Belacan (Versi Ringkas)
Bahan-bahan

  • Segenggam cili padi
  • 4 ulas cili merah 
  • 1 ½ Belacan
  • Garam kasar
  • Air asam jawa
  • Sedikit gula

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan cili api dan cili merah, potong kecil. Ketepikan.
  • Gril atau bakar cili-cili dan belacan.
  • Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar, masukkan air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  • Kisar hingga lumat atau sedikit kasar mengikut selera.
  • Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan seminggu didalam peti ais.

Jika anda ingin sambal belacan yang sangat pedas, gunalah cili api merah Bangladesh. Ia mempunyai warna merah yang cantik dan rasa yang sangat pedas. Sukatan asam, gula boleh dianggarkan mengikut selera anda, namun penggunaan garam perlulah berhati-hati kerana belacan itu sendiri mengandungi garam yang tinggi.

Sambal belacan ringkas ni sedap dimakan dengan ulam-ulaman. Gandingkan dengan kuah-kuah seperti singgang,asam rebus dan seumpamanya. Apapun amda haruslah mencuba sendiri resepi ringkas,mudah dan sedap ini. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik

Selain resepi ini , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.


SAMBAL BELACAN TUMBUK POWER ??

Sambal belacan nih belajar dari Ibu, kalau malas kadang kadang saya blend jer tapi kalau rajin tumbuk ler lagi umphhh rasa dia.

Tak nak cakap banyak, nak share resepi jer untuk yang nak mencuba. Senang jer tak sampai 15 minit siap!

Bahan bahannya:

*Cili Merah / Cili Hijau 5 biji
*Cili Padi 6-7 biji
*Bawang Puteh 3 ulas
Belacan sikit (saiz telur puyuh)
Limau kasturi 1-2 biji

Cara caranya:

• Rebus bahan bertanda * sampai mendidih
• Toskan lepas tu gunting gunting cili tu
• Tumbuk semua sekali dengan belacan
• Perasakan dengan garam dan gula
• Perahkan limau kasturi
• Lenyek kulit limau kasturi tu dengan lesung batu (dalam lesung batu yang sama)
• Gaul rata dan hidangkan

Siap! Makan dengan kari atau masak lemak cili padi memang meletops. Jangan lupa ulam, terung goreng pun sedap ❤️

kredit resepi kepada ‎Lyana Hisham‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Give a Comment