Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Sagu Gula Melaka (Pekat Pasti Terangkat)

author name

📄 ,

Untuk perkongsian pada kali ini kita akan bawakan resepi sagu gula melaka untuk anda semua. Tengok gambar sahaja pasti anda semua sudah terliur bukan?

Sagu gula melaka ini boleh didapati di pasar-pasar malam yang berdekatan dengan kita tetapi satu kekurangannya ialah tidak semuanya sedap. Jadi marilah kita sediakan sendiri di rumah untuk mendapatkan hasil yang paling sedap!

Resepi sagu gula melaka ini telah dikongsikan oleh Nurbazlyn Husna di akaun laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat pelbagai reaksi positif di laman sosial tersebut. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Resepi Sagu Gula Melaka

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Sagu 200 g
  • 2 ketul gula melaka
  • 4 sdb gula perang
  • Air
  • Susu cair

Cara penyediaannya:

  1. Rebuskan sagu dengan air sehingga sagu masak sebati. Jika tidak masaka lagi tetapi sudah pekat, tambahkan lafi air sehingga sagu masak sepenuhnya.
  2. Kemudian, toskan sambil basuh menggunakan air supaya sagu tidak melekat.
  3. Kemudian, tambahkan sirap sedikit supaya menaikkan warna. Masukkan dalam peti ais untuk disejukkan.
  4. Panaskan 3 cawan air bersama 2 ketul gula melaka dan 4 sudu besar gula perang untuk air gula melaka. Apabila sudah menggelegak dan air gula melaka sudah mula pekat boleh tutup api.
  5. Siap dan boleh dihidangkan! Letak sagu dalam bekas, letak air gula melaka dan curah susu cair.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *