Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Sago Gula Melaka Dessert Paling Mudah Nak Buat

author name

Kalau bulan puasa sahaja mesti kuih atau pencuci mulut ini antara juadah sampingan yang wajib ada kan? Sago gula melaka ini memang selalu muncul wajtu bulan puasa. Memang terasa segar betul kalau dapat hirup.

Nak buat resepi sago gula melaka ini sebenarnya tak susah pun, bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling menarik anda boleh tentukan sendiri anda nak warnakan sago anda dengan pewarna makanan yang anda suka. Jom baca resepi pencuci mulut yang mudah ini.

Resepi Sago Gula Melaka Bersumi

Nak cipta kelainan dalam resepi sago gula melaka ini tak susah pun, anda boleh letak sumi atau jelly dalam sago ini. Anak-anak mesti suka! Resepi ini dari Lizz Yusof.

Bahan-bahan

  • 1 cwn sagu direndam, tos masak bersama 1liter air(+-) . Msukkan gula, pewarna ros, daun pandan. Kacau sehingga sagu masak. Sejukkan
  • 1 ketul gula melaka, sedikit gula merah, daun pandan, 1 cwan air masak hingga pekat dan sejukkan
  • Susu cair panaskan tapi jangan mendidih. Sejukkan
  • Sumi

Cara Penyediaan

  1. Sejukkan gelas, letak gula melaka, kemudian masukkan sagu, tuang susu cair, dan sumi. Siap.

Resepi Puding Sago Gula Melaka

Kan dah cakap anda boleh letak pelbagai perwarna masakan dalam sago gula melaka. Resepi puding sago gula melaka dari Hachi Hzn.

Bahan-bahan

Bahan sago

  • 2 cawan sagu
  • 10 cawan air atau lebih -air Mesti lebih utk Masak sago sampai jadi jernih mcm mata Ikan)
  • Daun Pandan
  • Sedikit pewarna

Cara Penyediaan

  1. Dalam kuali besar atau periuk besar masak 10 cawan air atau lebih sampai mendidih.
  2. Bila air mendidih basuh sago dan tapiskan. Dan terus masukkan sago Ke dalam air mendidih tadi. Guna api sederhana untuk masak.
  3. Masak sago sampai jadi sago warna putih adi jernih macam mata Ikan . Kalau air tak cukup tambah dengan air panas dan masak lagi.
  4. Angkat dan tapis sago tadi masa menapis sago lalu kan air dalam sago Itu dan tapis sampai hilang kanji yang berlendir .
  5. Bila agak-agak dah habis kanji di tapis tapi ingat JANGAN tapis sampai kering sangat, biar kanji ada sikit-sikit pada sago Itu terus masukkan sago yang di tapis ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.

Bahan Air Gula

  • Gula Melaka
  • Air
  • Daun Pandan
  • Sedikit Kayu manis

Cara Penyediaan

  1. Masak semua bahan tersebut sampai gula melaka cair dan tapiskan

Bahan susu

  • 1 Tin susu cair cap IDEAL
  • 1/2 tin air
  • Secubit garam

Cara Penyediaan

  1. Masak di atas api semua bahan tersebut sampai panas sahaja JANGAN sampai mendidih.
  2. Angkat dan sejukkan.

Resepi Bubur Pisang Sago Mata Ikan

Sago juga sesuai dijadikan hidangan bubur atau pengat pisang, siram pula bersama gula melaka memang enak. Resepi ini dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaakob.

Bahan-bahan

  • Pisang nangka.
  • Gula pasir
  • Gula merah
  • Santan
  • Sedikit air
  • Sago

Cara Penyediaan

  1. Daun pandan. didihkan santan, air,gula melaka dan gula pasir sehingga larut.
  2. Masukkan pisang dan sago serta daun pandan bila bubur dah mendidih tutup api dan siap.

Resepi Bubur Sum Sum Gula Melaka

Selalu buat bubur sum sum kosong kan? Apa kata anda cuba resepi dari Sarifah Arieta ini. Sago dicampurkan sekali dalam resepi bubur sum sum ini. Fuh memang nikmat.

Bahan-bahan

Bahan A

  • Satu cawan sagu

Bahan B

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 kotak santan kara
  • 3 cawan air
  • Sikit garam

Cara Penyediaan

  1. Masak semua sampai pekat
  2. Satu ketol gula melaka dan satu sudu gula perang masak sampai hancur bancuhan satu sudu tepung beras letak air sikit masukan dalam air gula kacau biar pekat.
  3. Siram bahan a+b dan sejukkan.

Resepi Sago Gula Melaka Ice Cream

Nikmatnya dapat makan sago gula melaka bersama ais krim. Tak terkata nikmat dia dapat makan. Kombinasi yang sangat sesuai. Resepi ini dari Azahari Abdullah.

Bahan-bahan

  • 1 mangkuk sagu
  • 2mangkuk air
  • Gula merah 10 sudu
  • Sekeping gula gerek
  • Ais cream vanila
  • Koktail
  • Garam
  • Daun Pandan

Cara Penyediaan

Sago

  1. Didihkan 2 mangkuk air.
  2. Bila air mendidih masukan 1 mangkuk sagu.
  3. Kacau sehingga nampak jernih
  4. Angkat sagu yang di masak dan dibilas dengan air sejuk supaya kanji hilang dan biarkan sagu nampak berbiji.
  5. Warnakan sagu mengikut warna pilihan.

Air Gula

  1. Masukan 10 sudu gula merah.
  2. Masukan seeping gula nisan/gerek.
  3. Masukan 100ml air.
  4. Masukan sekeping daun pandan.
  5. Masak sehingga semua gula hancur dan sedikit pekat.

Santan

  1. Masak di sehingga mendidih dan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak dan masukan sedikit garam.
  2. Sagu yang di masak boleh lah dicampur dengan air gula, santan dan ais cream vanila.

Resepi Menarik Yang Lain

Kalau anda nak tahu banyak lagi resepi menarik yang telah kami kongiskan untuk anda. Jangan lupa baca ya dan terima kasih juga telah singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *