Roti Loyang Manis (Sedap Dimakan Begitu Saja)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti yang mudah tp amat sedap untuk hidangan terutama waktu pagi atau minum petang . Roti loyang ini biasanya dibeli dari penjual roti yang membawa motor sambil menjual pelbagai jenis roti lagi.

Jika anda peminat roti buatan sendiri, anda harus mencuba resepi ini. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Roti Loyang Manis
Bahan-bahan

  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ½ cawan susu suam
  • ¾ cawan gula
  • 11gm yis
  • 3 biji telur saiz A
  • ¼ cawan mentega

Kaedah 

  • Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  • Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  • Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  • Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  • Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  • Keluarkan dan sedia dinikmati.

Roti loyang manis ini amat ringan dan ianya dibakar didalam loyang bersaiz 8”. Satu adunan ini menghasilkan 2-3 loyang. Satu loyang pula ada lebih kurang 6 ketul ban. Cukuplah untuk bekalan anda sendiri, tidak perlulah lagi kekedai bukan. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *