Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Roti Goreng/ Pau Goreng Inti Kacang Merah

Pau merupakan roti yang dikukus dan mempunyai filling yang ada didalamnya. Memang sedap kalau dapat makan pau yang baru keluar dari tmpt pengukus. Lembut, gebu dan panas. Kami ingin kongsikan resepi roti/pau goreng untuk anda.


Kalau tak ada idea untuk minum petang, kami sarankan anda cuba resepi ini, cukup mengenyangkan. Lawan pula dengan secawan teh o panas cukup membuatkan anda berasa segar. Pau goreng ini sinonim dengan filling kacang merah, tapi sebenarnya anda boleh letak apa sahaja jenis filling kesukaan anda. Jom baca resepi pau goreng ini dari Rahmah Rosmin

Bahan-bahan

  • 2 Cwn tpg gandum @ tpg high protein
  • ▪1/2 Sudu B yis
  • ▪1 Sudu B gula
  • ▪1 Sudu B susu tpg (optional)
  • ▪2 sudu B marjerin
  • ▪1/2 Sudu k pelembut roti @ 1/2 sudu k baking powder- pilih salah satu
  • ▪Secubit garam
  • ▪1 biji kuning telur
  • ▪1/2 Cwn air sejuk peti ais (untuk yang uli guna breadmaker) -sekiranya doh masih keras boleh tambah air

Cara Penyediaan

  1. Masukkan semua bahan cecair ke dalam breadmaker diikuti bahan-bahan kering.
  2. Uli selama 20 -25 min-siap uli rounding hingga habis.
  3. Selepas itu isikan inti. Biarkan doh kembang lebih kurang 35-40 min bergantung pada keadaan.
  4. Goreng & siap.

Pau goreng ini juga boleh dibuat versi frozen, mudah kalau anda nak minum petang atau sarapan pagi. Boleh juga letak pelbagai filling mengikut citarasa anda.

Resepi Menarik Yang Lain

Ada banyak resepi yang kami telah kongsikan untuk anda sebagai rujukan masa datang. Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami. Silakan share ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!