Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Roti Bakar ala Perancis ( Ringkas Dan Cepat)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sarapan pagi dari barat. Roti Bakar ala Perancis atau nama dalam bahasa englishnya adalah ‘French Toast’ adalah roti yang dicelup didalam telur kemudian digoreng dengan butter. Resepi agak ringkas dan mudah dibuat kerana ia biasanya dihidang diwaktu ketika orang biasanya sibuk ke tempat kerja.

Resepi ini adalah antara yang paling Madam gemar masakkan sebagai sarapan pagi untuk anak-anak. Pertama kali Madam tahu tentang resepi ini ialah ketika bersekolah dulu, namanya roti goreng bombay. Masa itu rasanya sangat sedap, maklumlah baru belajar memasak ketika itu.

Baiklah mari lihat apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi kali ini,

Roti Bakar Ala Perancis ( Ringkas Dan Cepat)

Bahan-bahan

  • 4 keping roti putih
  • 80ml (1/2 cawan) susu penuh krim
  • 2 biji telur, dipukul
  • 15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
  • 5ml (1 sudu teh) madu – optional
    2g (1/4 sudu teh) serbuk kayu manis – optional
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Pukul telur sehingga putih menggunakan garfu.
  • Masukkan susu penuh krim, garam, madu, serbuk kayu manis dan kacau sehingga sebati.
  • Celupkan sekeping roti menggunakan garfu ke dalam adunan satu per satu. Celupkan sehingga roti sebati dengan adunan tetapi tidak terlalu lama agar roti tidak lembik dan hancur.
  • Goreng roti dengan sedikit minyak sayuran di atas kuali kecil dengan api sederhana dalam 2-3 minit pada setiap bahagian sehingga emas keperangan.
  • Tekan roti di atas kuali dengan sudip untuk mendapatkan roti rangup ala Perancis tetapi pastikan tidak hangus.

Roti bakar ini boleh juga dinikmati bersama susu manis, seperti yang Madam buat untuk anak-anak kerana mereka tidak berapa gemar akan rasa madu. Selain dari susu full cream anda boleh juga menggunakan susu cair.

Resepi ini sangat ringkas, anda pasti akan suka dengan rasanya. Anak-anak terutama yang masih kecil pasti minta lagi jika anda mencuba resepi ini. Jadi selamat mencuba ya.

Resepi Lain Yang Menarik.


Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!